Friday 26 August 2016

Trip Pulau Langkawi 2016 - part 2

sambungan daripada trip bajet langkawi part 1


Hari Ketiga..


Hari ketiga adalah hari main air ! haha.. pukul 8.30 am lagi kitorang dah keluar rumah untuk aktiviti island hopping sebab dah janji nak naik bot pukul 9 am. Sepatutnya adalah seorang bro ni yang dah di assist oleh kak noraini untuk guide kitorang sbb island hopping ni termasuk dalam pakej homestay tu. Sekali mamat ni buat spoil pagi tu kitorang mesej tak jawab call tak angkat. Dekat sejam laa jugak menunggu dia. Last2, kak noraini assist orang lain untuk bawak kitorang. Padan muka bro tu sapa suruh terlajak tido kan dah terlepas pelanggan…


Dekat pukul 10.30 am barulah kitorang naik bot. orang yang in charge bot2 ni cakap kalau kitorang datang pkul 9 am tadi pun tak boleh gerak dulu jugak sebab diorang kena tunggu air laut pasang baru bot boleh jalan. Jadilah bermulalah sesi island hopping di Langkawi selama 4 jam. Dalam pakej ni kitorang dibawa pergi 3 destinasi iaitu Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding ( tapi sebenarnya cuma eagle watching sekali lagi) dan Pulau Beras Basah.


*Tips untuk Island hopping
- Bawa beg waterproof untuk isi barang2 berharga
- Bawa bekal air minuman dan makanan ( cuaca panas + makanan yg dijual dekat pitstop mahal gilaaa)
- Bawa duit spare in case ada hidden charge atau untuk sewa peralatan menyelam/berenang/permainan
- Pakai swimming suit siap2 kalau rasa nak mandi (toilet tasik dayang bunting masuk kena bayar, pulau beras basah takde toilet)
-bodek nak pinjam life jacket dari pakcik bot (sebab kat nak mandi kat tasik dayang bunting wajib pakai life jacket, kalau takde kena sewa)

Sebelum naik bot diorang ada bagi satu sticker untuk tampal kat baju atau beg atau kat mana2 je lah. Dekat sticker ni ada tertulis nama bot kita. Macam contoh, nama bot kitorang Ilham 5 jadi sepanjang island tour ni nanti kitorang cuma boleh naik bot ni je tak boleh sesuka hati tukar naik bot orang lain.

Mula2 sekali kitorang dibawa ke Tasik Dayang Bunting dan diberi masa 1 jam 45 minit untuk buat apa2 aktiviti dekat situ. Kalau korang ambik pakej 3 jam island hopping, selalunya diberi 1 jam je untuk spend masa dekat sini. Sepanjang laluan nak menuju pintu masuk tu, belah tepinya tu macam kawasan lumpur2 sikit ala2 paya bakau macam tu lah (maafkan saya yang tidak mengenal bentuk muka bumi). Dekat situ banyak gila ikan belacak. Lagi sekali budak2 bandar jakun dan excited gila tengok ikan atas darat. 

Tapi dekat pokok2 tepi tu laa pulak punyalah banyak monyet bertenggek. Memang dah diingatkan jangan bagi makan dekat diorang. Tapi biasalah pelancong2 luar negara ni kan double jakun tengok monyet, so diorang ni rajin dok bagi makan. Lama2 monyet ni jadi berani nak mintak lebih sampai rampas benda yang ada pada kita. Masa tu depan mata kitorang kena kat satu pelancong korea ni, monyet tu tarik beg anak dia yang umur dalam 5 tahun. Menjerit2 mak dia main tarik2 dengan monyet tu. Nasib baik ada orang tolong. Aku yang dah ada pengalaman diancam monyet lagi lah takut. Sudahnya menyelit kat rombongan orang lain yang ada lelaki kekonon if anything happen ada orang selamatkan titew hewhew.

Sebelum masuk, ada satu bro ni tanya kitorang ada berapa orang. Rupanya nak masuk kena bayar. Rasanya baru lagi diorang charge bayaran ni sebab kawan aku mak dia pergi sini dua tiga tahun lepas, masuk free je katanya. Wallahualam. Bayaran setiap sorang RM 6. Mahal jugaklah sebab facility biasa je, masuk toilet pun kena charge lagi RM 0.50 ke RM 1 ntah lupa dah.

Nak menuju ke tasik ni kena lalu track yang disediakan, laluan dia dalam hutan macam nak pergi kawasan air terjun. Sekali lagi monyet2 memang banyak berkeliaran dekat siap main kejar2 lagi. Lepas tu kena turun tangga tinggi sebab tasik tu dekat bahagian bawah. Tangga ni memang tinggi, jadi masa nak patah balik tu memang mengah gilaa nak daki. Kesian sorang akak ni dahlah pregnant tapi gigih jugak dia daki tangga ni slow2.

*ihsan google

*ihsan google

Kat tasik dayang bunting ni korang boleh pilih nak mandi atau nak berkayak atau nak kayuh benda alah ape ntah namanya tu yang ada bentuk itik ayam bagai tu. Nak duduk saja celup kaki pun boleh tak ada masalah. Macam kitorang memang dah plan nak mandi so terus terjun je. Seronok mandi dekat sini sebab air tawar feeling2 macam mandi air terjun air sungai je rasa. Biasanya lepas sejam, pekerja yang jaga life jacket akan panggil dan announce nama bot kita suruh kita naik semula, jadi takdelah kita terlebih masa dekat sana.


Lepas dah puas mandi2 dekat sejam setengah dekat situ kitorang pun naik balik dan lepak2 makan bekal roti sapu tuna/kaya/serunding (mentang2 baru lepas raya) bawak dari rumah. Lepas mandi lapar betul perut ni. Lepas tu pakcik yang jaga bahagian entrance bgtau bot kitorang dah sampai boleh tunggu kat jeti. Sekali bila pegi sana, brother situ cakap bot kitorang pegi ambik pelanggan lain sekejap, dalam 20 minit baru datang balik. Kelakar sungguh rasanya bila kau terpaksa tunggu lebih setengah jam di bawah terik matahari sebab nak patah balik kat pintu masuk dah jauh jadi bertapalah kitorang dekat jeti tu sambil beramah mesra dengan pemandu bot yang lain eceh..


Bila bot dah datang memula rasa nak marah jugak tapi brother bot tu memang dasar takde perasaan kitorang bagi ayat sarcasm muka dia rileks je. Nak marah2 takut jugak sebab dia yang bawak bot kang dia bantai bawak laju2 buat2 terbalik bot ke kan naya. Tapi serius sampai aku rasa brother bot ni pekak kot sebab kitorang tanya dia banyak dia mcm buat tak dengar je jawab pun sikit2. Jauh beza dengan pakcik bot kitorang semalam yang tersangat informative dan teruja cerita itu ini. Sudahnya krik krik je kitorang semua. Jadi sangatlah beruntung kalau korang dapat driver bot yang ramah tamah
.
Mula2 kitorang dibawa ke tempat helang tapi helangnya sikit je lebih kurang 10 ekor jugak. Nampaklah helang2 ni berlegar2 dekat udara pastu menjunam cecah ke air. Tanya brother tu helang tu tangkap ikan je dan beliau jawab, “taklah, depa tangkap ulat ayaq”. Bila tanya ulat ayaq tu rupa dia lagu mana besaq ka kecik awat kami tak nampak pun ?, brother tu pandang tepi acah acah termenung layan perasan... krik krik krikkk....Seteghessss wehhh T____T

Lebih kurang 10 minit kat situ, kitorang gerak ke Pulau Beras Basah pulak. Dekat sini pun dia bagi masa 1 jam 45 minit jugak. Pulau ni kecik je, ada macam chalet beberapa biji kat sini. Tapi laut da cantik sangat warna biru dan jernih je. Ada satu kedai ni untuk kita sewa alatan snorkeling, pelampung dan banana boat. Mula2 nak naik banana boat bodek brother tu kurangkan harga tapi brother tu tak bagi dan dia lagi rela hilang kitorang dari kurangkan harga maka kami pun redhalah. Sebenarnya bukanlah nak naik sangat tapi kalau harga berpatutan apa salahnya heh heh. Tak ingat dah berapa harga tapi puluh ringgit jugaklah dah tu maximum 6 orang je boleh main, kesian pulak kat lagi 2 orang kan. Sudahnya kitorang mandi2 je sebab takde aktiviti lain dah pun boleh buat. Mainlah apa2 game sementara nak buang masa tu. Tamat tiga2 tempat tu, kitorang pun balik semula. Masa tu hujan dah nak turun nasib baik ngam2 je timing.

Petang tu singgah sekejap dekat kompleks perniagaan Nusantara nak beli minyak gamat ubat panau segala bagai yang berasaskan gamat. Orang lain yang beriya nak ke sini, aku pulak yang borong terlebih sebab ade offer bila beli banyak hehe. Lepas tu kitorang pergi Kompleks Haji Ismail nak borong coklat. Kompleks Hj Ismail ni ada dua, baru dan lama. Dekat kompleks ni bukan je ade jual coklat, pinggan mangkuk bagasi periuk belanga semua ada. Tapi coklat Daim mahal sikit kat sini, RM 14.50 untuk 350 g. kalau korang banyak masa dan rajin pusing area Kuah, korang akan jumpabeberapa kedai yang jual Daim pada harga lebih murah, lebih kurang 70 sen jugaklah beza harga dia. Ada satu kedai di area Kuah tu, minta maaf tak ingat nama kedai tapi located kat corner lot betul2 depan traffic light seberang restoran cina, dia jual coklat Daim ni RM 10 untuk 250 g. Senang cerita, survey dulu kedai2 jual coklat kat pekan Kuah tu bandingkan harga pastu baru beli.

Hari Keempat..

Finally percutian kat sini pun tamat. Flight kitorang pukul 12.15 pm jadi pagi tu lari sekejap pergi Dataran Lang nak ambik gambar. Nak pergi situ kena lalu area jeti Kuah, pagi2 lagi dah sibuk maklumlah orang keluar masuk semua kat sini kan. Tapi nasib tak berapa baik sebab kawasan Dataran Lang tu tengah renovate, jadi banyak bahagian yang ditutup termasuklah area depan patung helang tu. Jadi tak dapatlah nak bergambar lawa2 cuma mampu bergambar dengan ekor helang je heh heh.

selfie dengan helang ekekekee

Lepas main pusing2 dekat area situ sebab si alis nak cari ikan bilis tapi tak jumpa kedai, si aira pulak nak cari periuk nasi dari malam tadi tapi tak jumpa2, dalam pukul 10.30 am barulah kitorang sampai airport. Kena sampai awal sebab nak check in luggage yang dah terlebih berat sebab masing2 dah terlebih borong coklat kain batik minyak gamat bagai.

Alhamdulillah, walaupun flight delay 15 minit tapi perjalanan dipermudahkan. ada orang bermurah hati bagi aku tukar seatjadi dapatlah duduk kat tepi tingkap tengok tasik dayang bunting, pulau pinang, sepang segala bagai daripada atas pesawat tu. memang canti sangat dan memang aku jakun gila serius tak malu aku mengaku eheh..

bajet kasar untuk trip kali ini, total perbelanjaan sepanjang 4 hari 3 malam cuma RM400 seorang ( tak termasuk harga tiket kapal terbang), termasuk RM100 khas untuk shopping coklat dan duit makan RM20 sehari. jadi kalau pergi lagi ramai lagi bagus lagi jimat kay :)

sekian saja trip percutian bajet kami kali ini. insha Allah ada rezeki aku ke tempat2 best lagi, aku kongsi kay...

nah, share sikit video kitorang sepanjang kat sana. moga korang teruja nak datang langkawi hehehee...



till then, daaaaaa

zazazone©



8 comments:

  1. fuyyooo rasa malulah gambar kita ade sekali dalam ni. piooonnngg piooongg

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. iye seronok awak...kenapa saya tak boleh baca belog awak lagi ye..dah masuk emel dah tapi kena reject..i is kaciwa...

      Delete
    2. Aik cik minda menarik boleh plak masuk baca?

      Delete